LeaH Lab Test Reports & Product Safety Transparency

LeaH Lab Test Reports & Product Safety Transparency

by Lionine Trading Sdn Bhd on Jul 03 2026
Table of Contents

    At LeaH, we understand that pet food safety is not something to be taken lightly.

    Recently, there were concerns raised online about cat food, salt content, and sudden death in cats. We take every concern seriously. That is why we are publishing our lab test reports here, so cat owners can review the facts clearly.

    Why Cat Food Contains Sodium and Chloride

    Sodium and chloride are not “strange” ingredients in cat food. They are essential minerals that cats need in their daily diet.

    Complete and balanced cat food must contain the right level of nutrients, including minerals such as sodium and chloride. International pet food nutrition references such as AAFCO and FEDIAF include sodium and chloride as required nutrients for cats.

    About Salt and Sudden Death in Cats

    Based on veterinary references we reviewed, we did not find evidence showing that normal sodium levels in complete and balanced cat food directly cause a healthy cat to suddenly die from cardiac arrest.

    Veterinary references such as Cornell Feline Health Center and Merck Veterinary Manual explain that sudden death in cats can be related to underlying heart disease, especially hypertrophic cardiomyopathy, also known as HCM. HCM is described as the most common heart disease in cats, and many cats may show no obvious symptoms before a serious event happens.

    What LeaH Is Doing

    Every batch of LeaH cat food has lab test records.

    To make this process more transparent, we are uploading our available lab test reports here. These reports help cat owners understand the tested values of our products, including relevant nutrition and safety indicators.

    If there is ever a serious product concern, we will not rely on assumptions. We will review purchase records, batch numbers, veterinary reports, and product samples where available.

    Our position is simple:

    If evidence shows there is a problem from our side, we will take full responsibility.
    If there is no evidence showing that our food is the cause, we hope the matter can be discussed fairly based on facts.

    Laporan Ujian Makmal LeaH & Ketelusan Keselamatan Produk

    Di LeaH, kami faham bahawa keselamatan makanan kucing bukan perkara kecil.

    Baru-baru ini, terdapat kebimbangan di media sosial tentang makanan kucing, kandungan garam, dan kematian mengejut pada kucing. Kami mengambil perkara ini dengan serius. Sebab itu kami meletakkan laporan ujian makmal kami di halaman ini supaya pemilik kucing boleh melihat fakta dengan lebih jelas.

    Kenapa Makanan Kucing Mengandungi Sodium dan Chloride

    Sodium dan chloride bukan bahan pelik dalam makanan kucing. Ia adalah mineral penting yang diperlukan oleh kucing dalam diet harian mereka.

    Makanan kucing yang complete & balanced perlu mengandungi nutrien yang mencukupi, termasuk mineral seperti sodium dan chloride. Rujukan pemakanan antarabangsa seperti AAFCO dan FEDIAF juga menyenaraikan sodium dan chloride sebagai nutrien yang diperlukan oleh kucing.

    Tentang Garam dan Kematian Mengejut Pada Kucing

    Berdasarkan rujukan veterinar yang kami semak, kami tidak menemui bukti yang menunjukkan kandungan sodium normal dalam makanan kucing complete & balanced boleh menyebabkan kucing yang sihat mati mengejut akibat cardiac arrest.

    Rujukan veterinar seperti Cornell Feline Health Center dan Merck Veterinary Manual menjelaskan bahawa kematian mengejut pada kucing boleh berkait dengan penyakit jantung tersembunyi, terutamanya Hypertrophic Cardiomyopathy atau HCM. HCM juga diterangkan sebagai penyakit jantung yang paling biasa berlaku pada kucing, dan banyak kucing mungkin tidak menunjukkan tanda yang jelas sebelum berlaku kejadian serius.

    Apa Yang LeaH Sedang Lakukan

    Setiap batch makanan kucing LeaH mempunyai rekod ujian makmal.

    Untuk menjadikan proses ini lebih telus, kami meletakkan laporan ujian makmal yang tersedia di halaman ini. Laporan ini membantu pemilik kucing melihat nilai yang telah diuji, termasuk nutrisi dan indikator keselamatan produk.

    Jika terdapat sebarang isu serius berkaitan produk, kami tidak akan membuat kesimpulan berdasarkan andaian. Kami akan menyemak rekod pembelian, nombor batch, laporan doktor veterinar, dan sampel makanan jika tersedia.

    Pendirian kami mudah:

    Jika siasatan membuktikan memang ada masalah daripada pihak kami, kami akan bertanggungjawab sepenuhnya.
    Jika tiada bukti yang menunjukkan makanan kami menjadi punca, kami berharap perkara ini dinilai secara adil berdasarkan fakta.

    Lab Test Result (LeaH Hair & Skin Gemuk):

    (1) Report Date: 2026.06.22

    (2) Report Date: 2026.05.26

    (3) Report Date: 2026.03.30 (1st Container)

    (4) Report Date: 2026.03.30 (2nd Container)

    Share information about your brand with your customers. Describe a product, make announcements, or welcome customers to your store.