Mengenai LeaH

Daripada bahan yang jelas, kepada hasil yang nyata dan ketelusan.

Background Coin decoration
Background

Yang Jelas, Luar Biasa.

Daripada bahan yang jelas, kepada hasil yang nyata dan ketelusan.

Di LeaH, nutrisi bukan untuk diteka — ia mesti jelas dan boleh dilihat.

Resipi kami diformulasikan dengan protein haiwan berkualiti tinggi dan bahan yang benar-benar nampak manfaatnya — seperti serpihan rumpai laut, serunding ayam, kibble 3mm dan kibble berinti.

Setiap formulasi direka untuk menyokong selera makan, penghadaman, kesihatan kulit dan bulu, serta kesejahteraan keseluruhan kucing.

Semua resipi kami adalah bebas bijirin dan bebas khinzir.

Lihat Semua Produk

LeaH diinspirasikan daripada konsep “penjaga senyap”.

Seperti pada logo kami — seekor kucing yang kuat melindungi yang lebih kecil. LeaH membawa satu prinsip: tiada kucing sepatutnya bergelut dengan masalah selera makan, berat badan atau bulu hanya kerana nutrisi yang tidak jelas atau terlalu mahal.

Nama ini melambangkan kepimpinan, perlindungan dan kejujuran — sebuah jenama Malaysia yang komited untuk menawarkan bahan berkualiti tinggi pada harga yang adil dan mampu dimiliki.

Mengapa Pilih LeaH?

Sebab 1 Selamat Untuk Kucing
Sebab 2 Hasil Yang Boleh Dilihat
Sebab 3 Diperbuat Daripada Daging Sebenar Yang Disukai Kucing

Selamat Untuk Kucing

Kerana keselamatan kucing anda sentiasa menjadi keutamaan kami.
  • Bebas Khinzir — Tidak mengandungi daging khinzir, lemak khinzir atau sebarang derivatif khinzir.
  • Bebas Bijirin — Tanpa jagung, gandum atau soya.
  • Ketelusan Bahan Sepenuhnya — Setiap bahan disenaraikan dengan jelas, tanpa sumber tersembunyi.
  • Diuji Logam Berat & Bakteria Berbahaya — Disahkan selamat melalui laporan makmal.
  • Dihasilkan di Fasiliti Bertauliah — Dikilang di kemudahan yang mematuhi piawaian FDA, HACCP dan ISO.

Selamat. Bersih. Telus. Makanan yang boleh anda percayai setiap hari.

Hasil Yang Boleh Dilihat

Kerana makanan yang baik sepatutnya menunjukkan hasil yang jelas.
  • Lebih daripada 120,000 ekor kucing di Malaysia menunjukkan peningkatan dari segi selera makan, berat badan, kualiti bulu dan keadaan keseluruhan.

  • Disokong oleh ratusan dokumentasi perubahan sebelum dan selepas.

  • Selera makan meningkat → berat badan lebih stabil → bulu lebih sihat → kucing lebih bahagia.


Apabila kucing makan dengan lebih baik, perubahan lain akan menyusul.

Diperbuat Daripada Daging Sebenar Yang Disukai Kucing

Kerana kucing anda berhak mendapat nutrisi sebenar, bukan bahan pengisi kosong.
  • Kandungan daging yang tinggi
  • Diperbuat daripada daging ayam, lembu dan ikan sebenar - Tiada perisa tiruan.
  • Membantu meningkatkan selera makan, termasuk untuk kucing yang cerewet.
  • Menyokong berat badan yang lebih sihat dan bulu yang lebih cantik.

Apabila makanannya berkualiti, kucing akan menunjukkan perubahan yang nyata.

Soalan Lazim (FAQs)

Di Malaysia, JAKIM tidak mengeluarkan sijil Halal untuk makanan haiwan peliharaan, dan kategori ini tidak termasuk dalam pensijilan Halal rasmi.

Walaupun pensijilan tidak terpakai, LeaH secara sukarela memastikan formulanya bebas daripada khinzir — tiada daging khinzir, tiada lemak khinzir dan tiada sebarang bahan terbitan khinzir.

Ya. Walaupun makanan haiwan tidak memerlukan sijil Halal, LeaH diformulasikan tanpa sebarang bahan berkaitan khinzir.

Ini memberikan ketenangan kepada pemilik kucing Muslim yang memilih produk bebas khinzir.

LeaH ialah jenama milik 100% rakyat Malaysia — dibangunkan, dirumus dan diurus oleh pasukan Malaysia yang memahami keperluan kucing di rantau ini.

Untuk memastikan kualiti konsisten dan piawaian keselamatan bertaraf antarabangsa, kami bekerjasama dengan fasiliti pengilangan bertaraf tinggi di China yang mempunyai pensijilan FDA, HACCP dan ISO.

Semua resepi, pemilihan bahan dan penambahbaikan produk dipimpin oleh pasukan Malaysia berdasarkan maklum balas sebenar daripada pemilik dan kucing tempatan. Kilang melaksanakan pengeluaran mengikut spesifikasi dan standard yang kami tetapkan.

Ringkasnya:

  • Jenama Malaysia.
  • Pengeluaran bertaraf antarabangsa.

Ya. LeaH dirumus sebagai makanan lengkap dan seimbang, sesuai untuk pemakanan jangka panjang mengikut garis panduan nutrisi AAFCO.

Namun, bagi kucing yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, kami sentiasa menyarankan untuk mendapatkan nasihat doktor haiwan terlebih dahulu.

Formulasi LeaH dibangunkan bersama pakar industri makanan haiwan yang berpengalaman serta rakan pengilangan yang mematuhi piawaian nutrisi global seperti AAFCO.

Ya. Ramai pemilik kucing memilih LeaH untuk kucing yang kurang selera makan atau cerewet kerana resipi kami menggunakan kandungan protein haiwan yang tinggi dan bahan sebenar yang lebih menarik dari segi bau dan rasa.

Kebanyakan kucing menerimanya dengan baik, namun setiap kucing berbeza dan tindak balas mungkin berbeza.

LeaH tidak akan menggunakan daging khinzir, lemak khinzir atau sebarang bahan terbitan khinzir. Kami juga mengelakkan bahan pengisi murah, perisa tiruan dan bahan sampingan berkualiti rendah.

Formulasi kami memberi tumpuan kepada protein haiwan yang tinggi dan bahan yang bersih yang dapat memberi manfaat kepada kucing.

Ya. LeaH menyenaraikan semua bahan utama dengan jelas pada setiap halaman produk dan pada pembungkusan.

Matlamat kami ialah memastikan setiap perkara disampaikan secara jujur, mudah difahami dan tanpa unsur tersembunyi.