Dari Kurang Selera Sampai Nampak Gemuk Selepas 2 Bulan Makan LeaH
by Lionine Trading Sdn Bhd on Mei 14 2026
Kalau kucing kurang selera makan dan sensitif dengan makanan, makanan yang kucing suka boleh bantu owner jaga rutin makan harian dengan lebih mudah. Dalam cerita pelanggan ini, selepas makan LeaH, kucingnya lebih berselera, naik badan selepas sekitar 2 bulan, najis normal, dan bulu gugur berkurang.
pelanggan ini berkongsi yang isterinya mula kenal LeaH dari TikTok semasa tengok live. Sebelum LeaH, kucingnya pernah makan makanan dari kedai kucing dan Rflx, tetapi owner kata kucingnya sensitif dan akan cirit kalau makanan tidak sesuai.
Sebab utama mereka cuba LeaH ialah kerana kucing kurang makan. Masa pertama kali cuba LeaH, owner nampak kucing makan laju dan ada selera, jadi dia terus beli lagi.
Untuk kucing yang kurang makan, cari makanan yang kucing sendiri mahu makan memang boleh bantu rutin harian jadi lebih konsisten. Selepas sekitar 2 bulan, owner nampak badan kucing naik, jadi lebih gemuk dan tidak kurus seperti sebelum ini. Orang yang datang sekali-sekala pun tegur kucing itu nampak gemuk. Owner juga kongsi najis kucing normal bila makan LeaH, bulu gugur berkurang, dan bagi dia makanan LeaH yang sekarang sudah cukup baik.
Share